Saturday, January 11, 2014

2014. Kenapa cari bahagia?

Hi 2014!

Alhamdulillah, tahun ni meningkat lagi satu usia. Yuhuu, 3 series men!
Dan aku. Oh, masih sama. Jalan cerita sama. Eh no, ada tukar sikitla. 
Tapi...rasa yang tetap sama. Mendung, kelabu, kabur.Hujan panas, hujan panas.
Cuaca tak menentu.

Di kekunci keyboard ni...jari rasa nak menulis lebih dari 1001 rasa. Tapi, kaku.
Mungkin satu perkataan dapat meluahkan semua yang terbuku.

SAKIT.

Setiap kali rasa itu datang. Perghhh, mencengkam dada, menyucuk-nyucuk sampai ke jantung. Dan waktu tu rasa "Kenapa asyik rasa ni?" "Kenapa aku?" "Kenapa aku seorang yang rasa?"

Sampai satu masa aku berfikir, "Kenapa aku bergantung kebahagiaan pada manusia? Sedangkan aku sendiri tahu bahawa setiap kebahagiaan mahupun kesakitan datangnya dari Allah? Kenapa aku mencari bahagia dari manusia yang lemah? "

Satu persatu persoalan datang. Teringat Allah. Sedih, sayu. 
Ya Allah, kenapa lah aku jadi macam ni...

Setiap kali rasa itu datang, terngiang-nginag kata-kata dan wajah Mama Ym. Mama Ym pernah rasa keadaan yang jauh lebih teruk dari apa aku lalui. Oh, aku sayang dia. Dialah penguat aku. Dia katakan padaku, dalam hati kena sentiasa sebut Allah. Kerana macam mana teruknya kita, Allah akan tetap tolong kita. Dan aku kuat balik. Terima kasih Mama.

Muhasabah, muhasabah.
Kesilapan dulu ada kifarahnya hari ni.
Dalam Islam tak ada hukum karma.
Yang ada hanyalah kasih sayang Allah yang perlu kita fikir.
Berhenti. Berehat bersama Kit Kat dan fikirkan.

Jangan cari bahagia.
Bahagia akan datang sendiri bila kita redha dengan setiap ketentuan.
Allah kan ada. You never walk alone okay?

Alang-alang dah masuk tahun baru nak berazam lah walhal bertahun-tahun sebelum ni malas nak berazam-azam ni. Srikandi berazam nak jadi muslim yang lebih baik. Lebih baik dari sebelum ni. Insya Allah, Insya Allah.

Motivasi for me and for others yang mungkin tersinggah page ni.
Jumpa lagi mate.
Terima kasih Allah.
XOXO.









Sunday, May 19, 2013

IRONI nya kita.


Ironi.
First sekali dengar atau tengok word ni, macam bunyik seterika pun ada.
Macam nama orang pun ada. Tapi, it's a nice word kan?
Sedap bunyiknya. Aku suka dengar. Maknanya pun aku suka.
Secara mudah kalau nak paham ape ke mendanya IRONI ni, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ia bersifat kiasan atau biasa kita dengar sekarang sarkasme...sakastik. 
Alaa...gini contoh ayat yang biasa kita dengar, "Eh,takpe,amikla baju tu terus,memang aku beli nak bagi kat kau." Cakap sambil senyum.Gitu. Haa..itu kalau orang tak berapa paham bahasa nak pulangkan barang yang dipinjam. Sekadar contoh.
Okay dah explain panjang lebau apa tu 'Ironi' barulah boleh nak start cerita sikit. 

Tapi, ironi aku ni, lebih dari perkataan kiasan. 
Ia meliputi kehidupan. Wah, bunyi macam masalah besar. Serius benor bunyiknya.
Hmm...
Where to start ya.
Oh,bila dah start nak bercerita kat blog, bungkam kata-kata.
Ironinya aku ni, kehidupan aku, tak seperti yang mereka semua nampak.
Apa yang mereka nampak, aku sentiasa ketawa, senyum selalu di bibir, marah cuma bila ada masa yang tak kena.
Dan paling best, ramai yang suka dan rela datang bercerita masalah pada aku.
Dan secara tak langsung, aku ni dah macam pakar motivasi daa...
Pung pang, pung pang beri nasihat mana yang sesuai.
Mereka pun dengar angguk-angguk. 
Dari muka keruh, tenang seketika.
Tapi tak tahula dalam hati macam mana.
Tapi begitulah senario biasa.
Dan aku suka begitu. Aku suka dengar dan tolong mana yang mampu.
Oh, ni bukan merungut.
Tapi serius ni, aku lebih suka. 
Kerana di situ aku tau, bukan aku saja yang ada masalah besar.
Bukan aku saja yang menangis.Bukan aku saja yang rasa teruk.

Tapi itulah IRONI nya aku.
Aku boleh bantu mereka tapi kadangkala aku tak mampu bantu diri sendiri.
Aku sentiasa mendengar mereka tapi rintihan aku, aku simpan sendiri.
Kerana tempatku meratap, merayu hanya pada yang Maha Esa.

Tapi ini antara tips mengurangkan rasa susah hati.
Kadang kala kita perlu tengok dan dengar kesusahan orang lain.
Then, kita akan rasa bersyukur.
Sejenak, dada terasa lapang.
"Alhamdulillah". Keluar kata kat bibir.
Senyum mula terukir.
Mulakan hari ni jika hati rasa sedih.

Mata makin berat dah.
Nak ketuk-ketuk keyboard pun kabus kabus gitu.
Bantal pun kata mari.
Time to sleep. Esok perjalanan mencari rezeki bermula.
Jumpa lagi mate.
Insya Allah.

Doa untuk esok yang jauh lagi baik! Amin.
Malam semua.
XOXO.



-Srikandi Malam-
19 Mei 2013